smsshahalam.jpg

Beri peluang muka baru - Salamon

SHAH ALAM, 18 Julai 2008 – Dato’ Salamon Selamat dan Datin Niswati Dimyati tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Umno Bahagian Shah Alam dan Ketua Wanita Bahagian pada persidangan bahagian akan datang bagi memberi ruang kepada muka baru untuk memimpin Umno bahagian dan Wanita bahagian Shah Alam.

Datuk Salamon mengumum hasrat tersebut dihadapan Ketua-Ketua Umno Cawangan termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri di majlis penyerahan bantuan bagi mengendali persidangan Umno cawangan-cawangan baru-baru ini.

Datuk Salamon berkata, keputusan dibuat bagi memberi peluang kepada golongan muda yang lebih komited untuk memimpin Umno Shah Alam.

Katanya, keputusan tersebut bukan bermakna beliau kecewa setelah Umno dan Barisan Nasional gagal mempertahan kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di Shah Alam dalam Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini.

Menurut beliau, tempoh 15 tahun memegang jawatan sebagai ketua bahagian dan 34 tahun berkecimpung dalam UMNO dirasakan sudah cukup lama bagi dirinya.

“Saya tidak akan pertahan jawatan sedia ada dan tidak tawarkan diri untuk bertanding mana-mana jawatan dalam parti, berilah peluang kepada pemimpin muda.

“Isteri saya juga tidak akan tawarkan diri untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam yang dipegangnya selama sepenggal,” katanya.

JANGAN SALAHKAN PETRONAS DALAM ISU KENAIKAN HARGA MINYAK

PENDAHULUAN
PETRONAS tidak boleh memberikan keseluruhan daripada keuntungan hasil petroleumnya kepada rakyat kerana ia perlu menggunakan semula keuntungannya itu bagi aktiviti carigali dan  eksplorasi  sumber baru minyak di  luar Negara,  demi memastikan pendapatan negara di masa depan tidak merosot dan generasi akan datang rakyat Malaysia tidak kelaparan.

Sebarang tindakan memberikan kesemua keuntungan PETRONAS kepada rakyat dalam bentuk subsidi dengan tujuan menurunkan harga petrol, seperti yang dicadangkan oleh pembangkang, boleh menyebabkan PETRONAS ditutup,negara hilang hasil dan 300,000 anak Malaysia yang terlibat dalam industri petroleum hilang pekerjaan.

PETRONAS perlu melipatgandakan aktiviti carigali di luar negara kerana sumber minyak di luar negara boleh bertahan sehingga  300 tahun, sedangkan rizab minyak di Malaysia hanya mampu bertahan sehingga 13 tahun saja.

Dengan melabur dalam aktiviti carigali baru atau memajukan rizab baru antarabangsa, PETRONAS boleh meneruskan operasinya lebih lama. Dengan melabur di pasaran antarabangsa, Petronas dapat membawa balik pendapatan dan menyumbangkan keuntungan dalam bentuk dividen kepada rakyat.   

Jika PETRONAS tidak melabur. Kemampuannya memberi pulangan kepada pendapatan negara akan terjejas apabila rizab petroleum antarabangsa susut.

SUMBANGAN PETRONAS KEPADA KERAJAAN
Bagi setiap RM 1 yang diperolehi oleh PETRONAS, sebanyak 72 sen dikembalikan kepada kerajaan dalam bentuk dividen dan sebagainya. Berita Selanjutnya..

Soal Jawab Persidangan Cawangan dan Bahagian

SHAH ALAM 10 Julai 2008 - Bagi memudahkan pengendalian Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian 2008,Sekretariat Umno Bahagian Shah Alam telah mengeluar semua dokumentasi Soa Jawab Persidangan Cawangan dan Perwakilan Bahagian 2008 yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Dokumentasi ini diharap akan memberi garis panduan kepada pimpinan cawangan, bahgian, pemuda, puteri dan wanita dalam urusan berkaitan persidangan cawangan yang akan bermula dari 17 Julai ini. Berita Selanjutnya..

5 Cabaran besar usahawan Melayu

s1.JPG

s3.JPG

s2.JPG

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2008 - Usahawan bumiputera diminta bersedia untuk menghadapi lima cabaran besar dalam memastikan ianya berdaya saing bukan sahaja di peringkat nasional malah hingga ke peringkat antarabangsa.

Lima cabaran tersebut ialah bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa, menguasai ilmu perniagaan yang semakin terbuka, tidak hanya bergantong kepada kaedah tradisional semata-mata, tidak terlalu bergantong kepada kontrak kerajaan dan memastikan matlamat masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera dipenuhi sepenuhnya.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu Negeri Selangor, Dato’ Salamon Selamat Berita Selanjutnya..

1,000 banjiri Debat Agung

1.JPG

3.JPG

2.JPG

SHAH ALAM, 6 JUN 2008 - Lebih 1,000 membanjiri Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 11 Shah Alam untuk mengikuti Debat Agung anjuran portal Shah Alam Free Speach (SAFS)

Debat tersebut membariskan tiga ahli panel terdiri dari YB Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar, YB Yaakob Sapari ADUN Kota Anggerik dan Prof Madya Dr. Agus Yusoff, Ketua Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Berdasarkan tajuk ‘Tidak Melayu Hilang Di Dunia, Realiti atau Fantasi’, program yang julung-julung kali diadakan ternyata berjaya mendapat sambutan dari masyarakat Melayu sekitar Shah Alam.

Menurut Pengerusi Penganjur Dato Ahmad Nawawi Md. Zain, Berita Selanjutnya..

UMNO SHAH ALAM BANGKIT DARI KEKALAHAN

w.JPG

Kekalahan dua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Shah Alam dalam pilihan raya umum ke 12 lalu tidak bermakna UMNO Bahagian Shah Alam akan membiarkan nasib dan masa depan pengundi terutama orang-orang Melayu dan ahli Umno Shah Alam terbiar dan tidak terbela.  Menurut Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Dato’ Salamon Selamat, Umno Shah Alam telah selesai mengenalpasti sebab dan punca kekalahan Barisan Nasional di Shah Alam dan kini masa untuk Umno Shah Alam bangun dan bangkit semula untuk memastikan menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti, Parlimen Shah Alam dan dua kerusi DUN iaitu Kota Anggerik dan Batu Tiga kembali menjadi milik Barisan Nasional. Berita Selanjutnya..

Pusat Khidmat BN Shah Alam dilancar

w3.JPG

SHAH ALAM, 31 MEI 2008 - Barisan Nasional Shah Alam (BN Shah Alam) kini telah menubuh Sekretariat Bilik Gerakan Pusat Khidmat BN Shah Alam sebagai meneruskan usaha memberi perkhidmatan kepada masyarakat dalam Parlimen Shah Alam. Pusat Khidmat tersebut telah dilancarkan dengan rasminya oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pusat Khidmat tersebut akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari jam 10 pagi hingga 5 petang telah menempatkan seluruh sayap parti dari UMNO serta parti komponen dari Barisan Nasional.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Dato’ Salamon Selamat, Pusat Khidmat tersebut membuktikan bahawa BN Shah Alam tidak mengabaikan kepentingan ahli-ahli Barisan Nasional dan masyarakat tempatan meskipun BN kehilangan kesemua kerusi dalam Parlimen Shah Alam. Berita Selanjutnya..

Wanita Shah Alam juara masak bubur lambuk

6.jpg

7.jpg

SHAH ALAM, Ahad 7 Okt 2007 - Pergerakan Wanita Umno Bahagian Shah Alam memenangi wang tunai RM2,000 dan hadiah iringan setelah muncul juara pertandingan memasak bubur lambuk peringkat negeri di masjid Al-I’tisam,Taman TTDI Jaya di sini. Berita Selanjutnya..

109 anak yatim terima sumbangan Aidilfitri Pemuda Shah Alam

c.JPG

c3.JPG

SHAH ALAM 2 OKT 2007 - Seramai 109 anak yatim dari kawasan Dewan Undangan Batu Tiga dan Kota Anggerik menerima sumbangan sempena Aidilfitri dari Pemuda Umno Bahagian Shah Alam yang diadakan dalam majlis berbuka puasa dan merai anak yatim di sini hari ini. Majlis sumbangan disampaikan oleh Dato’ Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia. Berita Selanjutnya..

815 terima sumbangan Aidilfitri

picture1.jpg

SHAH ALAM, 29 Sep 2007 - Seramai 815 anak yatim dan orang kurang upaya menerima sumbangan Aidilfitri daripada UMNO Bahagian Shah Alam dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Umno Bahagian Shah Alam di sini. 

Sumbangan disampaikan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Datuk Salamon Selamat Berita Selanjutnya..